2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMBANTUAN KECEMASANInfo SemasaKESIHATAN

SERANTAU MUSLIM MENERUSKAN AGIHAN KELENGKAPAN FRONTLINER DI 6 BUAH HOSPITAL BATCH KE-3

Serantau Muslim telah berjaya mengagihkan sumbangan kelengkapan frontliners di 6 buah hospital yang terdapat di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan minggu lalu.

Antara hospital yang terlibat dalam pemberian adalah seperti Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Klang (Hospital Tuku Ampuan Rahimah), Hospital Tuanku Ja’far Seremban, Hospital Rembau, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Antara kelengkapan yang telah disampaikan ialah hand sanitizer, gaun ISO, sarung tangan, tudung sarung pakai buang dan topeng mulut untuk digunakan para doktor dan kakitangan perubatan hospital yang berkenaan.

Semoga frontliner di Hospital yang telah diberikan sumbangan dapat melakukan tugas dengan baik dan selamat pada hari raya ini.

Pada masa yang sama, wakil kesemua hospital telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyampaikan bantuan secara langsung mahupun tidak.

Alhamdulillah.