2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

KEDERMAWAN ABDUL RAHMAN BIN AUF MEMBUAT RAMAI ORANG CEMBURU

Adakah terdapat di kalangan kita yang tidak mengenali siapa gerangan Abdul Rahman bin Auf ini?

Beliau merupakan salah seorang daripada individu terawal yang memeluk Islam di awal penyebaran iaitu 2 hari selepas Abu Bakar ash-Shiddiq dan juga di antara 10 individu yang dijanjikan syurga selain daripada Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi dan Zubair bin Awwam.

Nama penuh beliau adalah Abdurrahman bin Auf bin Abdul Auf bin Harith bin Abdul Harith dan dilahirkan 10 tahun selepas Tahun Gajah. Gelaran beliau sebelum memeluk adalah Abdu Kaabah dan Abdu Amar tetapi selepas beliau memeluk Islam, nama gelarannya adalah Abu Muhammad.

Semasa beliau berada di Mekah, beliau merupakan seorang usahawan yang kaya dan menyokong setiap perjuangan dan pergerakan Rasulullah.

Tetapi, beliau telah diduga apabila umat Islam di Mekah diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah dan segala harta kekayaannya tidak dibenarkan untuk dibawa bersama ke Madinah.

Ini bertujuan untuk melemahkan semangat beliau agar tidak berpindah ke Madinah.

Walaupun mendengar mengenai perkara itu, ia tidak melunturkan sedikit pun semangat dan keyakinan beliau untuk turut serta menyertai penghijrahan Baginda ke Madinah kerana baginya harta kekayaan hanyalah bersifat duniawi dan hanyalah pinjaman dariNya.

Di Madinah, Baginda telah mempersaudarakn Abdul Rahman dengan antara individu terkaya di Madinah iaitu Saad bin Rabiq supaya dapat mengeratkan hubungan Muhajirin dan Ansar selain untuk menolong golongan Muhajirin yang berhijrah tanpa sebarang keperluan.

Saad bin Rabiq yang memiliki perusahahan kurma yang besar ini telah memberi tawaran kepada Abdul Rahman bin Auf dengan menghadiahkan separuh daripada kekayaannya kepada beliau untuk dijadikan modal perniagaan tetapi disebabkan beliau merupakan seorang yang memiliki peribadi yang tinggi dan tidak suka mengharapkan ihsan daripada orang lain, beliau telah menolak dengan baik tawaran itu.

Beliau lebih gemar untuk berusaha dengan titik peluh sendiri daripada mendapat pertolongan orang lain kerana baginya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Pada mulanya beliau berniaga secara kecil-kecilan di Madinah dan sedikit demi sedikit hasil perniagaannya telah mula berkembang sehingga mampu untuk mengahwini seorang penduduk Ansar.

Rasulullah telah memerintahkan Abdul Rahman untuk membuat kenduri secara kecil dengan menggunakan seekor kambing. Rasulullah telah mendoakan kesejahteraan untuk beliau dan semenjak itu perniagaannya mula berkembang dengan lebih pesat.

Kekayaan beliau yang banyak tidak membuat beliau lupa dan alpa akan kewajipannya sebagai penganut agama Islam dan tanggungjawab sosialnya terhadap penduduk Madinah dengan memberi sumbangan serta derma kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.

Beliau akan bersedekah terlebih dahulu apabila menerima keuntungan daripada perniagaannya sebelum membelanjakan untuk kepentingannya dan keluarganya.

Beliau dikatakan pernah mendapat keuntungan yang berjumlah 4000 dinar emas dan ini meresahkan beliau sehingga menyukarkan beliau untuk tidur pada malamnya.

Jadi, beliau telah menyedekahkan kesemua keuntungan itu pada malam itu kepada orang ramai dan berkat daripada keikhlasan beliau itu, beliau mendapat keuntungan yang lebih banyak di kemudian hari. Begitu banyak bukti yang menunjukkan bahawa beliau merupakan dermawan yang terunggul sehingga Allah SWT berfirman yang maksudnya :

“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin, baik jiwa mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at Taubah, ayat 111)

Sebelum kita mendapat rezeki melimpah dari Allah swt, kita kena mula memberi dari sedikit.

Jesteru itu, marilah kita semua mengambil inisiatif untuk mengamalkan budaya bersedekah dalam kehidupan seharian kita kerana ia begitu mudah untuk dilakukan serta terdapat pelbagai fadilat dan kelebihan yang boleh diperolehi menerusi amalan ini.

Untuk itu, pihak Serantau Muslim membuka peluang kepada individu serta badan korporat yang berminat menderma untuk melakukan ibadah qurban bersama Serantau Muslim melalui QurbanMudah.

Kami, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim mampu melunaskan hasrat dan impian Tuan/Puan yang berkeinginan untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah di negara luar yang memerlukan seperti di India, Asia Tenggara atau Afrika Timur.

Dengan hanya serendah RM350.00/bahagian, hajat Tuan/Puan untuk menolong saudara seagama kita yang tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah ini boleh tercapai.

Marilah kita bersama-sama untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah melalui Serantau Muslim.

Layari terus link di bawah atau klik pada gambar di bawah.

http://bit.ly/2WPbpsG
http://bit.ly/2WPbpsG

sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan kami dengan menghubungi/Whatsapp di talian +60108659407.