2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

TERKINI! Mayat penumpang Lion Air ditemui

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Mayat penumpang Lion Air ditemui” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

JAKARTA: Mayat seorang penumpang berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Kompas TV melaporkan, mayat terbabit ditemui oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), polis serta Tentera Nasional Indonesia (TNI).

“Berdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, terdapat seorang mangsa ditemui,” kata Adi Wahadi yang bersama pasukan Polis Air Indonesia (POLAIR) ke lokasi.

Menurutnya, mayat sudah diambil dan dalam proses untuk dikenal pasti identiti mangsa.

Pada masa sama, mereka turut menemui pelbagai serpihan yang dipercayai daripada badan pesawat termasuk barangan peribadi milik mangsa seperti beg tangan.

Serpihan terbabit kemudiannya diperiksa di dalam kapal penyelamat yang dikerahkan dalam usaha pencarian. – Agensi

 

Sumber: Berita harian[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]