2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

TERKINI! Korban tsunami meningkat kepada 280 orang

TERKINI! Korban tsunami meningkat kepada 280 orang

LABUAN, Indonesia: Angka kematian akibat bencana tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 280 orang, selepas pasukan penyelamat menemui lebih banyak mangsa ketika operasi mencari menggunakan jentera berat.

Lebih 3,000 penduduk yang tinggal di pesisiran pantai turut meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi, apabila amaran ombak besar dikeluarkan hingga esok.

Ratusan lagi penduduk dilaporkan cedera atau hilang, ketika tsunami melanda kawasan di sepanjang Selat Sunda, pada Sabtu lalu.

Pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan kini bertumpu di Pandeglang, iaitu kawasan yang paling teruk dilanda tsunami itu.

Pegawai agensi pengurusan bencana di wilayah Banten yang dikenali sebagai Jhony mengesahkan kepada wartawan bahawa jumlah mangsa terkorban meningkat kepada 280 orang dan sebahagian besar adalah pelancong tempatan.

Komander tentera daerah, Dudi Dwiriadi, berkata anggota tentera dan sukarelawan sudah diarah untuk memeriksa kawasan pantai sepanjang 100 kilometer untuk mencari serta menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, kebanyakan jalan ke lokasi kejadian masih terputus akibat kesesakan atau ditimbuni serpihan yang dibawa tsunami.

-Sumber: Berita Harian