2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

TERKINI! Boeing sedia bantu siasat nahas Lion Air

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Boeing sedia bantu siasat nahas Lion Air” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]PENGELUAR pesawat berpusat di Amerika Syarikat (AS), Boeing Co menawarkan bantuan dalam siasatan nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di Laut Jawa dari ibu kota ini ke Pangkal Pinang, Bangka Belitung pagi semalam.

“Boeing bersedia menyediakan bantuan teknikal dalam siasatan nahas,” kata syarikat dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Syarikat itu turut menyuarakan keprihatinan terhadap penumpang dan kru di dalam pesawat malang itu dan melahirkan perasaan simpati kepada keluarga mangsa.

Pesawat digunakan adalah Boeing 737 MAX 8 yang beroperasi sejak Ogos lalu dan mencatat 800 jam penerbangan, dianggap normal oleh pihak berkuasa Indonesia.

Lion Air Group memesan 218 pesawat siri sama, lapan daripadanya dihantar pada 2017.

Nahas itu bagaimanapun tidak menghalang syarikat lain yang menggunakan pesawat jenis sama seperti syarikat penerbangan Singapura, Silk Air yang berkata, ia akan terus menggunakan lima pesawat Boeing MAX 8 seperti dijadualkan.

Pesawat Boeing 737 MAX 8 boleh terbang selama tujuh jam setengah tanpa perlu mengisi minyak dan pesawat Boeing pertama memiliki paparan sayap kecil berganda.

Sementara itu, Lion Air berkata hari ini, pihaknya akan bertemu pasukan pembuat pesawat AS terbabit esok bagi membincangkan nasib pesawat 737 MAX 8 yang terjunam ke dalam laut beberapa minit sejurus berlepas.

“Kami mempunyai banyak soalan buat mereka. Ini adalah sebuah pesawat baharu,” kata Pengarah Lion Air, Daniel Putut kepada media di sebuah hospital umum di mana doktor sedang mengenal pasti mangsa nahas.

Daniel berkata, penghantaran pesawat 737 MAX berikutnya perlu menjalani satu proses penilaian susulan nahas.

 

Sumber: Harian Metro[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]