fbpx

MENGENAI SERANTAU MUSLIM

Pada 14 Julai 2015, Serantau Muslim didaftarkan dibawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) dengan nombor pendaftaran PPM-033-10-14072015.

Serantau Muslim yang membawa slogan Persaudaraan Rentas Sempadan telah bergiat aktif untuk membawa visi dan misi menerajui perhubungan Umat Islam Serantau Asia serta mempererat persaudaraan Islam khususnya membela nasib Muslim Minoriti di Serantau Asia khususnya melalui bantuan kemanusiaan, kerjasama ekonomi, pembangunan pendidikan serta pengembangan bakat kepimpinan.

Serantau Muslim juga banyak mengadakan kerjasama dengan NGO di seluruh rantau Asia khususnya dalam menjayakan visi dan misi Serantau Muslim termasuklah mengetuai Asean Muslim Secretariat (AMSEC) iaitu sebuah organisasi yang dianggotai oleh NGO dari seluruh negara Asia yang berjumlah sebanyak 32 buah NGO.

Picture1
Picture6
WhatsApp Image 2019 03 09 at 16.09.29
Picture2

VISI

Menjadi NGO yang menjadi sumber rujukan utama yang membela nasib muslim minoriti di ASEAN menjelang 1 November 2023

MISI

  • Mempunyai ekosistem “Buat Baik Berterusan” supaya penyumbang menjadi khairunnas
  • Membantu 10 juta orang muslim minoriti di semua negara Asean dengan mewujudkan 5 anak syarikat menjelang tahun 2023
  • Mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 untuk dokumentasi dan pengurusan kewangan
  • Jenama SM kukuh, dipercayai dan berjaya mengumpul dana sebanyak 100 juta dengan 10,000 penyumbang tetap bulanan serta mempunyai wakil di semua
  • Melahirkan 20 orang pemimpin global yang berilmu , bertaqwa dan berkemahiran dari kalangan kakitangan SM dan membentuk 1000 pelapis kepimpinan yang teruji dan terlatih

PROJEK SM

Picture7

2018

  • Bantuan Kecemasan di Palu, Indonesia.
  • Bantuan Kecemasan di Lombok, Indonesia.
  • Kurban dan Aqiqah untuk muslim minoriti, Filipina.
  • Pelancaran untukmusyria.com dan untukmupalestin.com.
  • Taja berbuka di sepuluh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Palestin dan lain-lain.
  • Pemeriksaan kesihatan pelarian Rohingya.
  • Penyerahan selimut dan pembinaan kedai roti pratha di Cox’s Bazaar.
  • Dan lain-lain

2017

  • PROGRAM BACK TO SCHOOL BERSAMA ETNIK ROHINGYA DI KNOWLEDGE GARDEN LEARNING CENTRE SCHOOL SERDANG
  • Pengagihan pek makanan untuk pelarian Rohingya kerjasama bersama NGO.
  • Pembinaan rumah sementara untuk pelarian Rohingya.
  • Pergi sendiri ke Arakan, Myanmar untuk menyaksikan sendiri tempat pembunuhan beramai-ramai bangsa Rohingya.
  • Departure of Food Flotilla For Myanmar

Picture8
Picture9

2016

  • Sending donation and emergency relief through Majlis Ulama Rohingya.
  • Setup demonstration simultaneously in 6 countries all over the world(Solidariti for Rohingya).

  • Press Conference in UN Office at Kuala Lumpur after sending memorandum about Rohingya plight.

  • Serantau Muslim is one of the NGOs that committed with the issues of Rohingyan Muslims.