2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Sumbangan Selat Sunda diperlukan untuk bangkit semula

Sumbangan Selat Sunda diperlukan untuk bangkit semula

MANGSA TSUNAMI SELAT SUNDA RAYU SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK BANGKIT SEMULA
.
Amukan anak Krakatau telah mengakibatkan tsunami besar melanda Selat Sunda yang mengorbankan ratusan nyawa. Ribuan rumah terjejas teruk dan banyak juga rumah musnah.
.
Kehadiran Serantau Muslim sangat menggembirakan mereka yang menagih bantuan daripada pelbagai pihak terutama bekalan makanan dan kelengkapan diri.
.
Seorang mangsa tsunami, Eradi Ahmad menceritakan detik cemas ketika tsunami melanda rumahnya di Pantai Anyer Carita. Beliau dan ahli keluarganya dihanyutkan air tsunami hampir 20 kilometer namun ke semuanya selamat tetapi rumah mereka rosak teruk.
.
Beliau dengan penuh sebak menitiskan air mata menyeru rakyat Malaysia yang dikenali sebagai warga dermawan untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka. Sumbangan rakyat Malaysia khususnya sangat ditagih untuk mereka bangkit membina semula kehidupan seperti sedia kala.
.
Ayuh bantu kami membantu mereka, hulurkan sumbangan anda melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim 5641 0042 1083. Layari http://bantuankecemasan.com