2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PERIGI PALESTIN DILEMPAR BAHAN BERACUN

HEBRON, 29 April: Pusat Maklumat Palestin menyatakan peneroka haram Yahudi di Maon, timur Yatta, melemparkan bahan beracun berwarna biru ke dalam perigi yang digunakan pengembala di kawasan al-Hamra.

Peneroka haram Yahudi bertindak sedemikian dengan niat untuk membunuh penduduk Palestin dan ternakan yang dimiliki mereka kerana sumber air tersebut menjadi tempat bergantung penduduk Palestin untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dalam pada itu, pengembala di timur Yatta sering terdedah kepada serangan hampir setiap hari yang dilakukan peneroka haram Yahudi dalam usaha memaksa mereka meninggalkan kampung halaman.

Keganasan yang tidak dipedulikan itu bertujuan mengusir penduduk Palestin dari lebih banyak wilayah di Tebing Barat, menjadikan lebih mudah untuk rejim Zionis mengambil alih tanah dan sumber penduduk tempatan.

 

Sumber: Berita Harian