2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PENGGANAS ANTARABANGSA MUNGKIN DALANG PENGEBOMAN SRI LANKA

Colombo,Sri Lanka – Menteri kabinet dan jurucakap kerajaan Rajitha Senaratne melahirkan rasa kebimbangan sekiranya serangan yang mengorbankan 310 orang di Sri Lanka mungkin didalangan oleh kumpulan pengganas antarabangsa.

Kebimbangan ini turut dikongsi oleh , Presiden Maithripala Sirisena yang menggesa siasatan antarabangsa dilakukan untuk mengenal pasti siapakah dalang di sebalik pengeboman yang turut mencederakan 500 orang akibat letupan di beberapa gereja dan hotel terkemuka Sri Lanka.

Sehingga setakat ini, seramai 40 orang suspek telah disoal siat untuk mengenalpasti motif pengeboman yang mana kesemuanya dikaitkan kumpulan radikal Thowheeth Jama’ath Nasional (NTJ).

Orang ramai percaya terdapat dalang disebalik NTJ kerana serangan yang dilakukan begitu terancang dan mustahil dilakukan oleh organisasi yang kecil seperti NTJ. – Sumber Sinar Harian