2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 30 Ogos 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”MANA MUNGKIN BANGKAI GAJAH BOLEH DITUTUP DENGAN NYIRU?” font_container=”tag:h1|text_align:center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]MANA MUNGKIN BANGKAI GAJAH BOLEH DITUTUP DENGAN NYIRU?

SERANTAU MUSLIM melihat keengganan Myanmar mengiktiraf laporan siasatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan isu mendakwa pegawai atasan tentera yang melakukan pembunuhan beramai-ramai muslim Rohingya boleh diibaratkan sebagai berat sebelah dan tidak adil buat mangsa dan keluarga mangsa.

SERANTAU MUSLIM yakin perbuatan jahat yang berskala besar tidak dapat disembunyikan daripada komuniti dunia walaupun jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay menyatakan dengan tegas tidak akan menerima sebarang resolusi yang dilakukan Majlis PBB dan mendakwa semua resolusi berkenaan adalah dakwaan palsu buat kerajaan Myanmar.

SERANTAU MUSLIM merasakan Myanmar seolah-olah takut dengan gesaan PBB dan komuniti antarabangsa lain kerana sudah terang lagi nyata pihak dunia mempunyai bukti kukuh kuat untuk mendakwa tentera atasan kerajaan Myanmar melalui rakaman video, media-media mahupun pengakuan sendiri daripada mangsa yang terbabit.

SERANTAU MUSLIM turut merasakan Myanmar ingin menyembunyikan jenayah yang dilakukan dan bukti lain dengan tidak membenarkan penyiasat PBB memasuki negara tersebut.

Justeru, SERANTAU MUSLIM menyeru semua wakil dunia meneruskan lagi usaha untuk membantu etnik paling teraniaya di dunia itu bagi mendapat keadilan sewajarnya walaupun ia agak sukar dilakukan kerana sikap kerajaan Myanmar yang tidak memberikan komitmen sepatutunya.

SERANTAU MUSLIM percaya suatu masa nanti kerajaan Myanmar akan mengalami keletihan emosi dan sukar untuk menepis segala dakwaan daripada komuniti dunia terhadap apa yang dilakukan terhadap minoriti muslim di sana walaupun banyak helah diberikan mereka.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2372″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]