2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
landing_02
ADVOKASIKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 15 MAC 2019

SM GESA TINDAKAN PANTAS PIHAK BERKUASA NEW ZEALAND UNTUK MENGEKANG KEJADIAN TEMBAK UMAT ISLAM DI MASJID CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

SERANTAU MUSLIM (SM) melahirkan rasa sedih dan marah atas kejadiaan yang menimpa umat Islam yang berada di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand, pada jam 1.40 tengah hari tadi (waktu tempatan). SM turut mengucapkan salam takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa atas kejadian tembak rambang yang tidak diingini itu.
 
Dalam kejadian yang menyayat hati itu, dikatakan 40 orang terbunuh dan beberapa lagi tercedera termasuk seorang rakyat Malaysia parah kerana menjadi mangsa penembak kejam yang di tembak tempat kejadian.
 
Menurut sumber dari Wisma Putra telah mengesahkan keadaan mangsa yang berasal dari Malaysia itu stabil selepas wakil Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menghubungi keluarganya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
SM difahamkan penembak rambang dikenali sebagai Brenton Tarrant, 28 tahun dan berasal daripada Australia. Menurut Perdana Menteri Australia, Scott Morrison penembak tersebut merupakan seorang pelampau, sayap kanan dan pengganas kejam dari negara Australia.
 
Dalam kejadian ini, SM menganggap ini adalah kegiatan seorang pengganas. SM melahirkan rasa kesal kepada kenyataan kebanyakan media yang menggambarkan sebagai penembak hanya seorang ‘gunman’ atau penembak bersenjata sahaja, seolah-olah apabila sahaja melibatkan orang Islam terus dicopkan sebagai pengganas tetapi bila mana didapati penembak tersebut bukan orang Islam, secara terus dicopkan sebagai bukan pengganas. Ia adalah satu persepsi yang tidak patut ada dalam kalangan media tempatan atau antarabangsa.
 
SM turut kesal dengan apa yang berlaku kerana ia pertumpahan darah berlaku pada hari yang mulia yang mana umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat.
 
SM merasakan tindakan sebegini tidak wajar berlaku kerana ia merosakkan hubungan antara umat Islam dan bukan Islam di negara tersebut selain menghalang hak umat Islam mengamalkan cara hidup secara tersendiri.
 
SM yakin tindakan sebegini telah membangkitkan kemarahan 1.7 billion orang umat Islam di seluruh dunia.
 
Justeru, SM juga menggesa tindakan pantas pihak berkuasa New Zealand untuk mengekang lagi kejadian sebegini daripada berlaku pada masa akan datang.
 
 
‘Persaudaraan Rentas Sempadan’
 
Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim

unnamed 2