2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 13 NOVEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”BERSIHKAN SEGALA KEGANASAN KEMANUSIAAN, ELAK PELARIAN ROHINGYA LARI DARI DIHANTAR PULANG KE MYANMAR ” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melihat masih berbaki dua hari lagi pelarian Rohingya yang mendiami kem pelarian di daerah Cox’s Bazar, Bangladesh untuk dihantar pulang ke Myanmar. Namun begitu, dilaporkan puluhan keluarga etnik Rohingya yang berlindung di kem-kem pelarian telah menghilangkan diri bagi mengelak mereka dikesan dan dipaksa pulang ke Myanmar.

SERANTAU MUSLIM merasakan pelarian Rohingya masih tidak yakin untuk dibawa pulang ke Myanmar walaupun pihak berkuasa Myanmar telah bersedia menerima etnik ini di sana. Hal ini mungkin kerana mereka masih menderita mengingati episod kekejaman junta Myanmar yang bertindak kejam terhadap ahli keluarga atau saudara-mara mereka.

SERANTAU MUSLIM juga merasakan ketakutan pelarian Rohingya mungkin juga ada kaitan dengan kenyataan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kumpulan bantuan, yang mana mereka masih menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pelarian Rohingya setelah dihantar pulang ke Myanmar nanti.

Seyogia, SERANTAU MUSLIM berpendapat bahawa daerah yang bakal menempatkan semula etnik pelarian Rohingya di Myanmar perlu ‘dibersihkan’ daripada segala bentuk kekejaman dan diskriminasi kaum bagi mengelakkan mereka lari untuk dihantar pulang.

Dalam situasi ini juga, SERANTAU MUSLIM mencadangkan Myanmar memberikan kad pengenalan kepada pelarian Rohingya yang bakal dibawa pulang ke Myanmar. Cadangan ini adalah bagi membela nasib dan keselamatan mereka oleh kerajaan Myanmar setelah dibawa pulang ke Myanmar. Ia juga adalah sebagai jaminan agar mereka berasa selamat di sana.

SERANTAU MUSLIM berharap proses penghantaran pulang pelarian Rohingya yang dijadualkan 15 November ini dapat berjalan dan kerajaan Myanmar dapat berlaku lebih adil kepada semua rakyatnya.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar,
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]