2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 10 OKTOBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”KERAJAAN MYANMAR PENGECUT” font_container=”tag:h1|font_size:35|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM sekali lagi melahirkan rasa kecewa atas sikap kerajaan Myanmar yang enggan mengambil tindakan ke atas pasukan tentera mereka di atas perbuatan kejam terhadap etnik Rohingya.

SERANTAU MUSLIM melihat sikap kerajaan Myanmar ini adalah pengecut kerana tidak berani menegakkan kebenaran yang telah terbukti di mata dunia bahawa pihak tentera mereka bersalah kerana telah melanggar hak asasi manusia bertaraf antarabangsa.

Dalam masa yang sama, SERANTAU MUSLIM sangat bersetuju dengan cadangan wakil khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Yanghee Lee agar PBB merujuk isu ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

SERANTAU MUSLIM merasakan tindakan dan hukuman perlu dijalankan secepat mungkin agar tentera yang telah dikenalpasti bersalah diberi hukuman setimpal atas perbuatan mereka disamping dapat mengelakkan isu ini terus berulang.

SERANTAU MUSLIM ingin menyeru lima negara yang mempunyai kuasa veto dalam PBB dapat memainkan peranan mereka sewajarnya bagi menamatkan krisis kemanusiaan yang panjang ini.

SERANTAU MUSLIM juga tidak sanggup melihat kesusahan demi kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh etnik Rohingya di kem-kem pelarian mahupun yang masih berada di Myanmar berikutan tiada tindakan tegas dan drastik dilakukan pihak berkuasa. Diharapkan tindakan tegas dapat diambil ke atas tentera Myanmar secepat mungkin dan hak asasi etnik Rohingya dapat dikembalikan.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar,
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2449″ img_size=”medium”][/vc_column][/vc_row]