2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 07 DISEMBER 2018

[vc_row][vc_column][helpme_custom_heading custom_heading_text1=”KENYATAAN MENTERI AGAMA MYANMAR HARUS MATANG, ELAK KEADAAN SEMAKIN KERUH”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM melihat Bangladesh turut tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Agama Myanmar baru-baru ini. Pegawai Kanan di Kementerian Luar Bangladesh mencadangkan Thura Aung Ko dikenakan hukuman kerana memberikan kenyataan yang mencetuskan provokasi dalam kalangan minoriti muslim di Bangladesh dan seluruh umat Islam.

Kenyataan Menteri Agama Myanmar, Thura Aung Ko yang mempersoalkan tentang pertambahan populasi etnik Rohingya kerana mengamalkan poligami dan melihat etnik Rohingya sebagai pengganas mendapat reaksi negatif dan dikecam oleh Bangladesh serta umat Islam keseluruhannya.

Hal ini kerana etnik Rohingya adalah mangsa kekejaman tentera Myanmar dan penganut agama Buddha, bukan sebaliknya. Kekejaman yang dilakukan tentera-tentera negara itu telah pun dibuktikan oleh laporan daripada Penyiasat Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, namun kes berkenaan masih belum didakwa dan dijatuhkan hukuman seperti yang sepatutnya.

Oleh yang demikian, SERANTAU MUSLIM merasakan anggota kerajaan Myanmar harus sedar akan tindakan herot mereka selama ini kerana banyak masalah timbul susulan tindakan tidak benar itu. Banyak insiden-insiden yang tidak dijangka akan berlaku jika mereka terus menerus menyalahkan pihak lain tanpa rasa bersalah dengan tindakan yang dilakukan mereka selama ini.

Dalam pada itu juga, SERANTAU MUSLIM ingin mengingatkan mana-mana pihak tidak harus mengeluarkan kenyataan yang kurang matang sehingga mencetuskan ketegangan yang sudah wujud di kawasan bergolak itu. Mereka yang berada di peringkat atasan harus lebih bijak menangani masalah perkauman, dan bukan sebaliknya.

SERANTAU MUSLIM berharap sebarang tindakan yang bakal dilakukan oleh pegawai tertinggi kerajaan Myanmar haruslah dinilai sebaik mungkin dan berupaya mengelakkan tindakan yang membawa keada keadaan menjadi lebih keruh kerana rundingan yang diadakan sejak setahun lalu antara Bangladesh dan Myanmar akan menjadi sia-sia jika tiada kata sepakat yang baik.

Justeru itu, SERANTAU MUSLIM berharap desakan Pegawai Kanan Bangladesh yang menyarankan Myanmar mengembalikan hak kerakyatan dan harta benda kepada pelarian Rohingya dapat direalisasikan secepat mungkin.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]