2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 05 FEBRUARI 2019

SELAMAT TAHUN BARU CINA: SERANTAU MUSLIM

SERANTAU MUSLIM mengucapkan selamat Tahun Baru Cina khususnya kepada semua kaum Cina yang berada di Malaysia. Perayaan tahun baru ini bakal disambut pada 5 Februari dan 6 Februari 2019.

SERANTAU MUSLIM difahamkan perayaan Tahun Baru Cina ini adalah permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina.

Selain daripada itu, simbol kemeriahan perayaan bagi masyarakat Cina ini dihiasi dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’. Kesemua elemen ini dianggap penting dalam perayaan ini sejak turun temurun lagi.

Tahun Baru Cina yang juga disimbolikkan dengan ‘makan besar’ yang sangat membawa keharmonian kerana ia melambangkan ikatan persaudaraan antara ahli keluarga rakyat Cina yang akan berkumpul tidak kira dari jauh mahupun dekat.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM berharap acara ‘makan besar’ dalam masyarakat Cina ini dapat juga diterjemahkan kepada hubungan baik antara kepelbagaian kaum dalam Malaysia. Diharap masyarakat majmuk di Malaysia sentiasa dalam keadaan yang harmoni yang sejahtera tanpa perkara yang tidak diingini berlaku.

Justeru itu juga, SERANTAU MUSLIM menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama menyambut tradisi ini dalam semangat Malaysia Baru bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang dinamik  dalam kepelbagaian tanpa mengorbankan prinsip asas perlembagaan.

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi.
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM