2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 04 Oktober 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”SALAM TAKZIAH BUAT ENAM ORANG WIRA PENYELAMAT” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM mengucapkan salam takziah buat enam orang wira negara yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lombong sekitar Taman Putra Perdana, Selangor.

Antara mangsa yang dikenalpasti dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam ialah Mohd Fatah Hashim, 34 tahun; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun; Mazlan Omarbaki, 25 tahun; Yahya Ali, 24 tahun; Adnan Othman, 33 tahun dan Muhammad Hifdzul Malik Shari, 25 tahun.

SERANTAU MUSLIM difahamkan kesemua mangsa yang terdiri daripada enam anggota bomba telah lemas akibat terbelit tali yang dipasang antara satu sama lain kerana arus deras di lombong tersebut.

SERANTAU MUSLIM juga dikhabarkan keenam-enam mangsa berada di lombong berkenaan untuk melakukan proses menyelamat seorang remaja lelaki yang dikatakan lemas ketika berhasrat memancing di lombong berkenaan pada jam 5.19 petang semalam. Namun, remaja lelaki yang berusia 17 tahun tersebut masih belum dijumpa sehingga hari ini.

SERANTAU MUSLIM berharap ahli keluarga mangsa dapat menerima ujian ini dengan reda dan menyeru semua anggota masyarakat dapat bersama-sama mendoakan remaja yang dilaporkan lemas itu akan ditemui.

SERANTAU MUSLIM juga mendoakan ahli keluarga kesemua enam orang wira negara yang terkorban di lombong berkenaan diberi kekuatan emosi dan ketabahan hati dalam menerima ujian besar ini.

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2404″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]