2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 04 DISEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”PENDUDUK DI YAMAN DIJANGKITI WABAK TAUN” font_container=”tag:h2|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melihat peperangan antara tentera pakatan diketuai Arab Saudi dan kumpulan pemberontak Houthi memberi kesan kepada penduduk Yaman sehingga ke hari ini. Rentetan itu, keperluan asas penduduk Yaman tidak dapat dipenuhi dan sering menyumbang kepada kes-kes kritikal seperti penularan penyakit berjangkit, masalah perkembangan fizikal dan kematian.

Tahun lalu, Medecins Sans Frontieres (MSF) telah mengesahkan seramai 570 penduduk dijangkiti wabak taun dalam masa tiga minggu sejak peperangan melanda Yaman. Namun tahun ini, SERANTAU MUSLIM melihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan angka terbaru kes wabak taun ini semakin meningkat iaitu sebanyak 10,000 kes pada setiap minggu.

SERANTAU MUSLIM khuatir dengan keadaan ini kerana ia akan memberi kesan jangka panjang kepada tumbesaran kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi untuk perkembangan mereka. Kehadiran bakteria dan serangan virus yang didapati daripada sumber makanan atau minuman mereka dapat menghalang pembentukan dan kematangan saraf otak serta sistem imunisasi yang akhirnya akan menjejaskan perkembangan seseorang kanak-kanak pada masa akan datang.

Dalam hal ini, SERANTAU MUSLIM menggambarkan peningkatan angka kes menunjukkan penyakit berjangkit ini semakin serius di Yaman dan memerlukan perhatian daripada pihak antarabangsa. Pihak kerajaan Yaman juga harus mencari alternatif terbaik untuk menyediakan prasarana kesihatan terbaik untuk penduduk di negara itu agar mereka dapat mendapatkan rawatan dalam kadar segera.

SERANTAU MUSLIM difahamkan penyakit ini berpunca daripada bakteria yang terkena air dan makanan kerana tercemar dengan najis atau muntah orang yang dijangkiti. Ketiadaan kemudahan air bersih dan sistem pembuangan najis yang betul adalah penyumbang utama peningkatan penyakit ini. Lebih buruk lagi, jika tiada langkah awal dan rawatan susulan secara drastik dijalankan, masalah gangguan peredaran darah dan kegagalan buah pinggan seseorang penghidap boleh berlaku dan seterusnya akan membawa kepada kematian.

Dalam masa yang sama, SERANTAU MUSLIM ingin memuji pihak berkuasa di Kota Yaman yang bertindak menjalankan proses penyulingan bekalan air di semua telaga, rangkaian pengaliran dan rumah sebagai langkah mengekang penularan taun terburuk itu. Walaupun ia agak terlewat, namun SERANTAU MUSLIM berharap ia dapat mengurangkan kes wabak ini pada masa akan datang.

SERANTAU MUSLIM berharap orang ramai juga dapat bersama-sama membantu penduduk di Yaman untuk mendapatkan keperluan asas mereka. Orang ramai boleh bersama-sama SERANTAU MUSLIM yang bertindak sebagai alternatif NGO kebajikan untuk membantu penduduk Yaman yang memerlukan melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, 5641 0042 1083.

SERANTAU MUSLIM berharap keadaan di Yaman pada masa akan datang akan lebih baik dan menyeru kuasa-kuasa besar yang bertelagah agar dapat menghentikan segala bentuk permusuhan supaya tahap kesihatan penduduk awam akan lebih terjamin.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]