2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

Kenyataan Media 02 November 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”KANAK-KANAK DI YAMAN PERLU PERHATIAN DUNIA” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa simpati terhadap lebih tujuh juta kanak-kanak di Yaman yang kini berdepan dengan masalah kebuluran yang serius. Pengarah Serantau Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan bahawa lebih separuh daripada 14 juta orang berisiko kebuluran di negara bergolak tersebut adalah kanak-kanak.

SERANTAU MUSLIM melihat angka kanak-kanak menghadapi kebuluran telah meningkat berkali ganda berbanding bulan sebelumnya. Hal ini kerana peperangan yang berlaku masih tiada titik noktahnya dan penduduk sukar mendapatkan sumber makanan yang berkhasiat.

SERANTAU MUSLIM berharap pihak di peringkat antarabangsa dapat memainkan peranan mereka sewajarnya bagi membantu kanak-kanak yang tidak mendapat bekalan makanan yang cukup ini. Jika perkara ini dibiarkan tanpa perhatian segera, ia bakal memberi pelbagai masalah seperti pembantutan fizikal, kurang upaya dari segi kognitif dan sukar menjalani perkembangan psikososial secara normal.

SERANTAU MUSLIM juga menggesa pihak yang bertelagah di wilayah berkenaan dapat menghentikan segala bentuk konflik agar dapat mengembalikan keharmonian kepada penduduk di sana.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM juga menyeru rakyat di Malaysia khususnya agar tidak membazirkan makanan sesuka hati kerana masih ramai lagi penduduk di negara-negara luar memerlukan makanan setiap masa.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]