2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

Kembara Prihatin: Anak OKU Bukan Penghalang Untuk Bahagia

[vc_row][vc_column][helpme_custom_heading custom_heading_text1=”Anak OKU Bukan Penghalang Untuk Bahagia” custom_heading_color=”#217700″][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533199688437{background-color: #82ce52 !important;}”][vc_column][vc_column_text]Puan Rajimah Mohammad, 69 tahun. Puan Rajimah telah menderita penyakit kulit di bahagian kaki dan beliau telah menerima rawatan pada tahun 2006. Beliau juga telah menjalani pembedahan sebanyak enam kali.

Sebelum Puan Rajimah melakukan pembedahan, beliau menghadapi kesukaran untuk berjalan dan tidak boleh melakukan kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barang dan sebagainya, Setelah Puan Rajimah melakukan pembedahan kaki, keadaan beliau semakin pulih dan dapat menjalani serta meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Puan Rajimah seorang ibu tunggal yang telah kematian suaminya pada empat tahun yang lepas dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Dua orang anak perempuannya telah berkahwin manakala dua orang anak lelakinya merupakan anak-anak istimewa.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533280927692{background-color: #82ce52 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Kediaman Puan Rajimah terletak di Bukit Katil, Melaka. Kelihatan keadaan rumahnya begitu usang sekali. Kini beliau hanya tinggal bersama-sama dengan dua orang anak lelakinya manakala kedua-dua orang anak perempuannya pula tinggal bersama keluarga masing-masing di rumah sewa yang terletak di Merlimau, Melaka.

Kehadiran pihak Serantau Muslim disambut dangan baik oleh Puan Rajimah bersama anak perempuanya tetapi Puan Rajimah kelihatan lemah dan tidak berdaya.

Walaupun keadaan Puan Rajimah yang kelihatan tidak sihat, tetapi beliau menunjukkan semangat yang kuat untuk menjaga dan membesarkan kedua-dua orang anak lelakinya yang mempunyai masalah psikologi sejak dari kecil lagi, salah seorang anak lelakinya masih boleh bekerja kerana masalah psikologinya tidak terlalu teruk dan masih boleh dikawal. Oleh itu, anak lelakinya itu telah mengambil keputusan untuk bekerja sebagai buruh kasar. Seorang lagi anak Puan Rajimah tidak boleh melakukan sebarang kerja kerana masalah psikologinya pada tahap yang sangat kritikal dan tidak dapat dikawal.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_gallery interval=”3″ images=”2030,2031″ img_size=”large”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_message message_box_style=”3d” message_box_color=”vista_blue” icon_fontawesome=”fa fa-quote-left”]

“Kesusahan bukanlah suatu penderitaan, jangan pernah memandang rendah kepada orang kurang upaya, kerana mereka juga boleh memberikan bantuan kepada ibubapanya serta keluarga tersayang”

[/vc_message][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533281382202{background-color: #82ce52 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Dengan pendapatan anak lelaki Puan Rajimah dalam anggaran RM500 sehingga RM800 sebulan, sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan untuk mereka sekeluarga. Selain itu, Puan Rajimah juga mendapat bantuan setiap bulan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), bantuan yang diperoleh berupa bantuan wang tunai sebanyak RM200. Dengan adanya bantuan tersebut maka sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh Puan Rajimah sekeluarga. Kehidupan Puan Rajimah sekeluarga kelihatan bahagia walaupun beliau menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533281391048{background-color: #82ce52 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Kami daripada pihak Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim berharap agar kita semua dapat bersama-sama menghulurkan bantuan dan meringankan bebanan golongan yang memerlukan ini serta sentiasa bersikap prihatin antara satu sama lain. Semoga amalan dan niat baik yang kita lakukan ini diredhai dan diberkati oleh Allah. Amin..

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]