2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

JACINDA ARDERN TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUMAT PERISIKAN YANG BERKAITKAN SERANGAN SRI LANKA DAN CHRISTCHURCH

WELLINGTON, 24 April: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menafikan kerajaannya menerima sebarang maklumat perisikan mengaitkan serangan dahsyat Hari Easter di Sri Lanka sebagai tindakan balas dendam terhadap insiden tembakan kejam di Christchurch.

 

Ia dijelaskan selepas kenyataan Menteri Muda Pertahanan Sri Lanka, Ruwan Wijewardene yang mendakwa siasatan awal mendedahkan pengeboman ke atas gereja dan hotel yang mengorbankan 321 orang, dilakukan sebagai balas dendam terhadap insiden tembahan kejam di dua masjid New Zealand 15 Mac lalu.

 

Pakar keselamatan dan penganalisis bagaimanapun mempersoalkan jika serangan bom serentak itu dirancang dalam tempoh singkat.

 

Ardem juga menyatakan bahawa pihaknya enggan mencampur tangan kerana tiada apa-apa maklumat setakat ini untuk menyokong apa yang sudah diperkatakan oleh Menteri Muda Pertahanan Sri Lanka.

 

Sumber: Berita Harian