2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

DIUJI BANJIR, MANGSA TSUNAMI SELAT SUNDA DERITA BERGANDA

DIUJI BANJIR, MANGSA TSUNAMI SELAT SUNDA DERITA BERGANDA

Mangsa tsunami di Selat Sunda sekali lagi diuji apabila kawasan mereka ditenggelami banjir setinggi empat meter semalam. Banjir tersebut disebabkan oleh air laut pasang dan hujan lebat tidak henti.
.
Banjir tersebut telah menyebabkan rumah-rumah mereka terkandas sekali lagi dan harta benda yang mereka berjaya selamatkan sebelum ini musnah. Banjir tersebut sangat tidak dijangka kerana kali terakhir kawasan itu dilanda banjir ialah pada tahun 1974.
.
Seramai 25 ribu orang mangsa tsunami telah ditempatkan di 30 pusat penempatan sementara. Mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana pihak berkuasa menjangkakan akan berlaku sekali lagi tsunami akibat anak gunung Krakatau.
.
Hari ini Serantau Muslim telah menyampaikan sumbangan berupa pek makanan serta selimut dan kain kanvas di beberapa pusat penempatan. Sebanyak 300 buah keluarga telah menerima bantuan daripada Serantau Muslim hasil sumbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia.
.
Keadaan pusat penempatan sementara sangat dhaif dan serba kekurangan, ramai mangsa tsunami yang tidak menerima sumbangan hatta ada yang tidak mendapat makanan yang mencukupi. Menurut mangsa, mereka terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan makanan menyebabkan warga emas terpinggir.
.
Suasana ini disebabkan oleh sumbangan yang diterima masih terhad, mereka sangat mengharapkan sumbangan lebih banyak lagi oleh mana-mana pihak terutama rakyat Malaysia yang dikenali sebagai warga yang sangat prihatin.
.
Kehadiran Serantau Muslim sangat menggembirakan mereka yang terdesak untuk mendapat keperluan makanan dan keperluan tidur. Ada yang terharu dan sebak hingga menitiskan air mata apabila mendapat sumbangan daripada kami.
.
Ayuh terus menghulurkan sumbangan kepada kami melalui BantuanKecemasan.Com. Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM50 ribu dalam tempoh seminggu dan hasil sumbangan tersebut akan diagihkan kepada mangsa-mangsa tsunami melalui Misi Kecemasan Tsunami Selat Sunda Serantau Muslim 2.0 tidak lama lagi.
.
Ayuh bantu kami membantu mereka, hulurkan sumbangan anda melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim 5641 0042 1083.