2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
QM23
Aktiviti SM

Qurbanmudah.com santuni 20 buah negara untuk tahun 2023

Berbaki kurang tiga hari lagi untuk ibadah korban dilaksanakan, Serantau Muslim masih berada dalam fasa bersiap sedia menjawab segala pertanyaan pelanggan dan masih membuka ruang untuk menerima semua tempahan pelanggan dalam program qurbanmudah.com untuk tahun 2023.

Seperti yang sedia maklum, Serantau Muslim giat menjalankan program Qurbanmudah.com pada setiap tahun sejak 2015 lagi.

Buat makluman semua, tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menerima tempahan sembelihan dan mengagihkan daging korban kepada mereka yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin di 20 buah negara-negara yang didiami muslim minoriti. Antara negara yang akan disantuni ialah Malaysia, Syria, Palestin, Yaman, dan 16 buah negara termasuk negara Asean.

Bagi program ini, Serantau Muslim menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM400 bagi sesetengah negara. Manakala pakej serendah RM10 turut dibuka kepada yang berhasrat untuk membuat sedekah daging kepada yang memerlukan.

Tahun lalu, seramai 237,745 orang telah mendapat manfaat daripada program ibadah qurbanmudah.com. Dalam pada itu, sebanyak 518 ekor lembu dan 440 ekor kambing telah dikorbankan pada tahun lalu.

Pendaftaran program qurbanmudah.com kini telah dibuka dan tarikh tutupnya ialah 29 Jun 2023.

Hadiah bonus turut disediakan bagi mereka yang berdaftar dengan Serantau Muslim. Antara yang menarik ialah sijil digital peserta ibadah qurban, lima buah e-book yang mengikut peredaran zaman, video duta yang eksklusif, gambar qurban dan e-laporan qurbanmudah.com.

Ayuh sama-sama laksanakan ibadah qurban dengan layari sekarang qurbanmudah.com.