2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PENDUDUK ISLAM DI SRI LANKA BIMBANG UNTUK KELUAR RUMAH

COLOMBO, 25 April- Penduduk Islam Sri Lanka kini hidup dalam kebimbangan, malah takut untuk keluar dari rumah sejak kejadian serangan terhadap tiga gereja dan empat hotel Ahad lalu.

 

Kini mangsa korban telah meningkat ke 359 orang dan berikutan itu juga pihak berkuasa Sri Lanka mendakwa ia dilakukan kumpulan pelampau Islam.

 

Sri Lanka mempunyai 21 juta penduduk dengan etnik Sinhala beragama Buddha yang juga merupakan majoriti penduduk Sri Lanka manakala diikuti penduduk Islam yang hanya 10 peratus, selepas penganut agama Hindu. Tujuh peratus lagi penduduk beragama Kristian.

 

Namun begitu, masyarakat Islam menjadi sasaran ‘kebencian’ sejak perang saudara dengan pemberontak Tamil berakhir 10 tahun lalu walaupun majoriti penganut Islam termasuk etnik Tamil dan Sinhala mengutuk serangan kejam ini.

 

Sami Buddha yang mengetuai kempen membenci penduduk Islam telah menyerang perniagaan masyarakat Islam pada 2013 serta 2018.

 

Malah ada yang menyebarkan khabar angin bahawa etnik Sinhala akan mandul dan menyebabkan ketidaksuburan.jika membeli pakaian dalam dan makanan dari kedai peniaga Islam.

 

Dalam situasi yang tegang itu, Pemimpin Sri Lanka, termasuk Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe meminta semua rakyat bertenang dan bersatu.

 

Pihak berkuasa Sri Lanka mengesahkan seorang daripada sembilan pengebom yang mensasarkan hotel dan gereja Ahad lalu, adalah wanita dan lapan daripada penyerang terbabit sudah dikenal pasti.

 

Pihak berkuasa Sri Lanka sudah menahan lebih 60 orang untuk siasatan, termasuk 18 lagi yang ditahan semalam.

 

 

Sumber: Harian Metro